Bilal
bin Rabbah, sahabat Rasulullah SAW berkulit hitam namun berhati putih
mempunyai banyak kenangan tersendiri pada lelaki mulia yang menjadi
nabinya. Kenangan itu berkerak dan melekat dalam diri Bilal ra. sampai
jauh setelah Rasulullah SAW wafat. Agar tak terkoyak moyak hatinya,
Bilal ra. memutuskan untuk tak lagi adzan sepeninggal Rasulullah SAW.
Sampai suatu ketika, rindu Bilal ra. tak tertahankan. Ia pun
mengumandangkan adzan.
Tampilkan postingan dengan label Kisah Sahabat Rasul. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kisah Sahabat Rasul. Tampilkan semua postingan
Selasa, 28 Agustus 2012
Kamis, 09 Agustus 2012
ASMA' BINTI UMAIS MUSLIMAH PILIHAN

SIAPAKAH ASMA' BINTI UMAIS
Ibn Katsir menulis di dalam kitabnya Bidayah wan Nahiyah beliau ialah Asma
binti Umais bin Maadd bin Tamin al Khatsamiyyah adalah isteri Khalifah
Abu Bakar ra yang sebelumnya diperisterikan oleh Jafar bin Abi Talib.
Dari perkahwinan dengan Jafar bin Abi Talib beliau melahirkan tiga putra yakni Abdullah, Muhammad dan Aunan.[ kitab Nisaa’ Haular Rasuul, karya Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi ]
Perkahwinan
dengan Abu Bakar ra beliau melahirkan Muhammad bin Abu Bakar ra.
Apabila Asma berkahwin dengan Ali ra, maka Muhammad bin Abu Bakar
menjadi anak tiri atau anak angkat kepada Ali ra.
Salman Al-Farisi Pemimpin Yang Rendah Diri
Salman
Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah saw.
Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah di masa hidupnya, Salman telah
diberi jawatan sebagai Gabenor di salah sebuah jajahan takluk Islam.
Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah
keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap
kemewahan dunia. Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa
mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya
melakukan suatu kerja yang berat. Orang itu menjumpai Salman ketika
berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh
Salman memikulnya sampai ke rumah.
Saiyidina Hassan Dan Pemuda Badwi

Saiyidina
Hassan bin Ali r.a., adalah seorang tokoh Islam yang sangat dicintai
oleh umat Islam. Sebagai seorang cucu Rasulullh saw. beliau adalah
ibarat permata di zaman hidupnya kerana memiliki budi pekerti yang mulia
dan terpuji.
Pada
suatu hari sedang Saiyidina Hassan duduk di muka pintu rumahnya,
tiba-tiba datang seorang pemuda badwi, lalu mencacinya dan juga kedua
ibu bapanya. Anehnya, Saiyidina Hassan hanya mendengar sahaja tanpa
sedikit pun berubah air mukanya, atau membalas kata-katanya itu.
Bibliografi dan Latar Belakang Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq ra
Nama Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam,
baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling
teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan
akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan
kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat,
ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika
berkuasa serta tutur bahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar
dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat
terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.
Nama sebenar Saiyidina
Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau
adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga
bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum
memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar
Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana
yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.
Bibliografi dan Latar Belakang Bilal bin Rabah al-Habashi ra. (Muazin Pertama Dalam Sejarah Islam)

Namanya adalah Bilal
bin Rabah, Muazin Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam, memiliki kisah
menarik tentang sebuah perjuangan mempertahankan aqidah. Sebuah kisah
yang tidak akan pernah membosankan, walaupun terus diulang-ulang
sepanjang zaman. Kekuatan alurnya akan membuat setiap orang tetap
penasaran untuk mendengarnya.
Bilal
lahir di daerah as-Sarah sekitar 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya
bernama Rabah, sedangkan ibunya bernama Hamamah, seorang budak wanita
berkulit hitam yang tinggal di Mekah. Karena ibunya itu, sebagian orang
memanggil Bilal dengan sebutan ibnus-Sauda’ (putra wanita hitam).
10 Sahabat Yang Telah Dijamin Syurga

“Dan orang-orang
yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang
Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik,
Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah.
Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah
kemenangan yang agung.”
(Qs At-Taubah : 100)
Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).
Hamzah Bin Abdul Mutthalib - Singa Allah

Thabarani
telah mengeluarkan dari Al-Harits At-Taimi dia berkata: Adalah Hamzah
bin Abdul Mutthalib r.a. pada hari pertempuran di Badar membuat tanda
dengan bulu burung Na'amah (Bangau). Sesudah selesai peperangan, maka
seorang dari kaum Musyrikin bertanya: Siapa orang yang bertanda dengan
bulu burung Na'amah itu? Maka orang berkata: Dialah Hamzah bin Abdul
Mutthalib. Sambut orang itu lagi: Dialah orang yang banyak memalu kita
di dalam peperangan itu. (Majma'uz Zawa'id 6:81)
Bazzar
mengeluarkan dari Abdul Rahman bin Auf ra. dia berkata: Bertanya
Umaiyah bin Khalaf kepadanya: Hai Abdullah! Siapa orang yang memakai
bulu burung Na'amah di dadanya pada perang Badar itu? jawabku: Dia itu
paman Muhammad, dialah Hamzah bin Abdul Mutthalib ra. Berkata lagi
Umaiyah bin Khalaf: Dialah orang yang banyak memalu kita dengan
senjatanya sehingga dia dapat membunuh ramai di antara kita. (Majma'uz
Zawa'id 6:81)
Sabtu, 28 Juli 2012
Khaulah Binti Tsa ‘labah (Wanita Yang Aduannya Didengar Allah Dari Langit Ketujuh)

Beliau adalah Khaulah binti Tsa`labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa`labah Ghanam bin ‘Auf. Beliau tumbuh sebagai wanita yang fasih dan pandai. Beliau dinikahi oleh Aus bin Shamit bin Qais, saudara dari Ubadah bin Shamit r.a yang beliau menyertai perang Badar dan perang Uhud dan mengikuti seluruh perperangan yang disertai Rasulullah saw. Dengan Aus inilah beliau melahirkan anak laki-laki yang bernama Rabi`
Langganan:
Postingan (Atom)